40 tempat hebat di bumi yang menyerupai landskap daratan yang menakjubkan

MAR 20, 2020 AT 01:48 PM

769241

Alam semula jadi telah mencipta suatu pemandangan yang bagaikan karya agung sehingga nampak sungguh luar biasa seolah-olah berada di planet asing. Lihat dua belas gambar luar biasa dan menakjubkan di seluruh dunia yang membuatkan anda berasa seperti anda sedang berada di planet lain.

 

1. Empangan New Croton

ADVERTISEMENT
Empangan New Croton

Empangan ini hanya terletak kira-kira 22 batu dari New York, namun hanya sedikit yang pernah melihat keajaiban pemandangan empangan ini dengan air yang mengalir turun dari tebingnya yang kelihatan seperti kabus. Ia dibuka pada tahun 1906 dan merupakan bekalan air utama New York.

 

2. Geiser Fly, Nevada

Geiser Fly, Nevada

Dengan keindahan warna pelanginya yang menawan, geiser yang indah ini tampak tidak ubah seperti prop filem fiksyen. Ianya tidak pernah disentuh melainkan untuk kerja-kerja menggerudi dan memasukkan pam air.

 

3. Sungai Lima Warna, Colombia

Sungai Lima Warna, Colombia

Sungai ini juga digelar Pelangi Cecair kerana warna-warnanya yang cantik dan terang. Warna merah, hijau, biru, kuning dan juga hitam dihasilkan oleh spesis tumbuhan unik yang tumbuh di kedua-dua belah sungai.

 

4. Pamukkale, Turki

Pamukkale, Turki

Terletak di bahagian tengah Turki, tempat ajaib ini adalah destinasi pelancongan yang paling popular di negara ini. Kolam Pamukkale ini merupakan kolam teres yang menakjubkan serta sangat dikenali sebagai kolam terma terapeutik. Walau bagaimanapun, kerajaan Turki kini sedang berusaha keras bagi menyelamatkan keajaiban alam semula jadi ini disebabkan oleh kemasukan pelancong yang berlebihan.

 

5. Beachy Head Chalk Cliff, England

Beachy Head Chalk Cliff, England

Tebing batu kapur semula jadi yang sangat indah ini dikenali kerana bentuk dan pemandangannya yang seolah-olah terapung di awan. Ia merupakan salah satu tempat paling terkenal di England untuk jurugambar dan pelancong.

 

6. Lake Sørvágsvatn, Pulau Faroe, Denmark

Lake Sørvágsvatn, Pulau Faroe, Denmark

Tasik gunung berapi yang menakjubkan ini terletak di atas permukaan laut, tasik Sørvágsvatn tercipta disebabkan oleh pembentukan geologi yang unik dan kelihatan pulau itu seolah-olah seperti tempat yang digambarkan dalam kisah-kisah dongeng.

 

7. Air Terjun Dasar Laut, Le Morne Brabant, Mauritius

Air Terjun Dasar Laut, Le Morne Brabant, Mauritius

Pelancong di Mauritius selalunya akan menyewa helikopter bagi menyaksikan air terjun yang sangat menakjubkan ini di pantai pulau itu. Arus yang mengalir ke dalam jurang yang sangat dalam mencipta ilusi ajaib air yang mengalir ke kedalaman.

 

8. Gua Ais berdekatan Gunung Berapi Mutnovsky, Rusia

Gua Ais berdekatan Gunung Berapi Mutnovsky, Rusia

Gabungan ais beku dan asas gunung berapi hangat telah mencipta satu lapisan menakjubkan yang menyerupai gelombang lautan. Berubah kepada warna biru permata ketika cahaya matahari memancar pada ais, gua ini sememangnya kelihatan seperti landskap dunia makhluk asing.

 

9. Gunung Berapi Dallol, Etiopia

Gunung Berapi Dallol, Etiopia

Lekukan Danakil adalah hasil daripada pembentukan Gunung Berapi Dallol berjuta-juta tahun lalu. Kandungan sulfur dan andesit yang terlalu banyak di dalam tanah telah mencipta landskap yang berwarna-warni dan berbau.

 

10. Tasik Hillier, Australia

Tasik Hillier, Australia

Australia terkenal kerana landskapnya yang menarik dan hidupan liar yang mengagumkan. Salah satu bentuk muka bumi semula jadinya yang paling menarik ialah Tasik Hillier. Pada 2016, para saintis telah menemui sebuah tasik yang mempunyai warna merah jambu yang luar biasa. Tasik ini juga sangat masin dan merupakan tempat yang dilindungi.

 

11. Sungai Pokok, Iceland

Sungai Pokok, Iceland

Iceland terkenal kerana terdapat banyak kehebatan alam semula jadinya. Sungai pokok menyerupai cabang dan ranting pokok gergasi yang mengalir ke laut. Rupa bentuk ini disebabkan oleh sejenis tanah liat khas yang bertukar menjadi coklat dan likat apabila larut ke dalam air. Kerana air lebih berat daripada air laut, ia membentuk anak-anak sungai yang menakjubkan menyerupai pokok.

 

12. Reflection Canyon, Utah, USA

Reflection Canyon, Utah, USA

Utah menawarkan beberapa pemandangan paling menakjubkan di dunia. Reflection Canyon merupakan sebutir permata. Di sepanjang 15.7 batu, ia adalah landskap yang cantik dengan pemandangan yang berwarna-warni, ngarai ini cantik terukir dengan imejnya terpantul dalam air yang bersih. Ia juga mempunyai salah satu laluan pelancongan yang paling berbahaya di negara ini. Tidak ada jalan raya, jadi akses hanya dengan bot atau helikopter.

13. Taman Negara Arches

Taman Negara Arches

Thesoulofnature

Taman Negara Arches terletak di timur Utah, Amerika Syarikat. Terdapat lebih daripada 2,000 batu pasir asli di taman ini, termasuk Delicate Arch yang terkenal, juga pelbagai sumber dan pembentukan geologi yang unik.

14. Salar de Uyuni

Salar de Uyuni

Auré from Paris

Salar de Uyuni (atau Salar de Tunupa) adalah kawasan rata bergaram terbesar di dunia dengan keluasan lebih daripada 10,000 kilometer persegi. Ia terletak di wilayah  Daniel Campos di Potosí, barat daya Bolivia berhampiran puncak Andes pada ketinggian 3,656 meter dari aras laut.

15. Moravia, Republik Czech

Moravia, Republik Czech

Paweł Uchorczak

Tempat ini juga dipanggil sebagai Slavic Toscana. Boleh di katakan Moravia adalah salah satu tempat tercantik di Timur dan Tengah Eropah. Di sini anda pasti merasakan diri anda tenang dan tenteram.

16. Peak District, Great Britain

Peak District, Great Britain

Ken Hircock

Satu kawasan di Great Britain yang anda boleh saksikan bukit-bukau indah yang melandai ke tasik. Peak District terletak di bahagian tengah dan timur England dan ia antara kawasan paling indah di negara ini.

17. Gurun Namib , Namibia

Gurun Namib , Namibia

flickr

Di sini alam semula jadinya kaku, kelihatan sunyi tanpa sebarang kehidupan. Tapi pada waktu malam, Gurun Namib mempunyai kehidupannya tersendiri yang masih tak dapat difahami oleh para saintis.

18. Wadi Rum, Jordan

Wadi Rum, Jordan

CNTraveler

Tapak Warisan Dunia UNESCO di selatan Jordan ini mempunyai pelbagai landskap menarik contohnya tebing, gua, ngarai sempit, gerbang semula jadi, dan diliputi pasir merah seperti di Marikh. Ia nampak seperti pemandangan di planet lain.

19. Torri del Vajolet (Menara Vajolet), Dolomites, Italy

Menara Vajolet, Dolomites, Italy

cntraveler.com

Selain sangat fotogenik, puncak tinggi dalam kumpulan Rosengarten di Dolomites ini kerap muncul dalam senarai wajib pendaki gunung batuan, walaupun, ia sangat berbahaya untuk didaki.

20. Gua Glowworms, New Zealand

Gua Glowworms, New Zealand

waitomo.com

Anda tahu tak, Ulat pun nampak cantik di New Zealand. Gua Waitomo menyimpan beribu larva bioluminescent yang meninggalkan lendir panjang (bunyinya kotor, nampak berkilauan) dan bersinar seperti galaksi Bima Sakti bawah tanah.

21. Gunung Tianzi, China

Gunung Tianzi, China

Richard Janecki

Pemandangan ini mungkin kurang ditonjolkan: Tarikan 100-Batu-Persegi ini ada beribu-ribu tiang batu pasir iaitu pencakar langit versi alam semulajadi. Tak hairanlah tapak ini jadi inspirasi besar kepada dunia Pandora dalam filem Avatar.

22. Pembentukan Tanah Zhangye Danxia Di Gansu, China

Pembentukan Tanah Zhangye Danxia Di Gansu

unbelievableinfo.blogspot.it

Taman Geologi Negara Zhangye Danxia berada di timur kaki bukit Pergunungan Qilian di wilayah Gansu, China. Taman Geologi Negara ini mempunyai kawasan pembentukan tanah Danxia (‘awan merah’) yang menakjubkan meliputi hampir 50-kilometer persegi.

23. Monte Roraima – Venezuela

Monte Roraima – Venezuela

www.lareserva.com

Monte Roraima adalah pemandangan yang hebat di Venezuela. Ia adalah gunung rata yang dikelilingi oleh tebing. Puncak gunung yang hampir sentiasa berada di atas awan, jadi ia nampak seperti Monte Roraima sedang terapung di langit.

24. Mata Air Grand Prismatic, Wyoming, Amerika Syarikat

Mata Air Grand Prismatic, Wyoming

Heidrun Homburg

Seperti namanya, mata air panas terbesar di Amerika Syarikat adalah lingkaran pelangi dengan warna-warna cerah. Alam telah mencipta tempat yang indah di mana anda boleh melihatnya  selama berjam-jam. Sayangnya gambar tak dapat memberikan perasaan sebenar berbanding ketika anda melihatnya secara langsung.

25. Pohon Dragonblood, Socotra, Yemen

Pohon Dragonblood, Socotra, Yemen

Csilla Zelko

Dengan pohon darah naga seperti UFO sebagai ciri yang paling terkenal, pulau Socotra seolah-olah dibawa ke bumi dari planet yang jauh. Pokok-pokok inilah satu-satunya sebab mengapa beribu-ribu orang mengunjungi pulau itu setiap minggu.

26. Pantai Bersinar di Maldives

Pantai Bersinar di Maldives

Will Ho

Hanya ada satu tempat di dunia di mana anda boleh lihat gambar seperti ini. Makhluk laut kecil mula bersinar dengan warna biru terang apabila  hari mulai gelap. Pantai ini menyerupai landskap luar angkasa pada sesetengah malam.

27. Gaung Antelope, Amerika Syarikat

Gaung Antelope, Amerika Syarikat

wikipedia.org

Yang bagusnya – ia nampak seperti berasal dari planet lain, dan banyak filem dilakonkan disini. Yang buruknya – ia sentiasa penuh dengan pelancong, jadi anda terpaksa membayar lawatan peribadi untuk pengalaman yang lebih baik.

28. Tasik Abraham, Canada

Tasik Abraham, Canada

Emmanuel Coupe

Disebabkan sejumlah besar metana di dalam air, Tasik Abraham membeku sedikit berbeza dari tasik lain. Bola gasnya tetap berada di dalam lapisan ais menjadikan  benar-benar unik dan susah untuk dipercayai.

29. Painted Dunes, Taman Negara Gunung Berapi Lassen, Amerika Syarikat

Painted Dunes, Taman Negara Gunung Berapi Lassen

Lou Lu

Dunes berwarna merah dan oren, terbentuk daripada lapisan abu gunung berapi yang teroksida, terletak di bayangan gunung berapi Cinder Cone. Gunung berapi (dan bukit pasir berikutnya) terbentuk semasa letusan yang berlaku pada tahun 1650-an.

30. Tasik Retba, Senegal

Tasik Retba, Senegal

elPULP0

Kurang dari satu jam perjalanan dari ibu kota Senegal, terdapat sebuah tasik luar biasa yang pasti menarik perhatian pengunjung kerana warna merah jambunya yang luar biasa tapi sangat terang.

31. Gua Kristal, Mexico

Gua Kristal, Mexico

nationalgeographic

Lebih kurang beribu batu di bawah permukaan bumi, kristal selenit raksasa berada di dalam sebuah gua yang panas, lembap, biasanya gelap gulita di lombong Naica di Mexico. Sebilangan rasuknya mempunyai panjang lebih dari 30 kaki; yang terluas merangkumi 13 kaki. Pada tahun 2017, Penelope Boston NASA mengumumkan penemuan mikrob dalam kristal, beberapa di antaranya mungkin telah terperangkap selama 50,000 tahun.

32. Berbagai-bagai tiub lava

Berbagai-bagai tiub lava

nationalgeographic

Sekiranya manusia pernah menghuni bulan atau planet Marikh, bergerak di tiub lava bukanlah idea yang mengerikan. Struktur bawah permukaan bumi menawarkan perlindungan semula jadi dari radiasi berbahaya, ribut debu, mikro meteorit dan suhu yang melampau, dan strukturnya cukup besar untuk menampung seluruh bandar. Sebenarnya, di Bumi, angkasawan sudah berlatih untuk misi di tiub lava.

33. Tasik Mono, California

Tasik Mono, California

nationalgeographic

Tasik Mono di California adalah muka bumi yang mirip dengan planet Marikh sejak empat bilion tahun yang lalu, ketika planet ini mulai kehilangan permukaan airnya. Ketika perairan tasik perlahan-lahan meruap dan surut, ia mula menampakkan tufas, menara kalsium karbonat berbentuk aneh. Para saintis menggunakan tasik ini untuk menguji perkakasan yang akan digunakan semasa menuju ke Marikh, dan mereka mengkaji mikrob yang tinggal di perairannya yang bergaram dan masin.

34. Lingkaran Artik Svalbard, Norway

Lingkaran Artik Svalbard, Norway

nationalgeographic

Sejak tahun 2003, para saintis telah menggunakan Svalbard, sebuah kepulauan Norwegia dekat lingkaran Artik, sebagai tempat pengujian teknologi yang dihasilkan untuk penerokaan planet Marikh. Svalbard mempunyai beberapa persekitaran seakan-akan planet Marikh, seperti tiang planet merah dan kawah khatulistiwa. Persekitaran Artik juga membantu para saintis mengenal pasti dan mengesan tanda kewujudan kimia kehidupan.

35. Borup Fiord Pass, Kanada

Borup Fiord Pass, Kanada

nationalgeographic

Borup Fiord Pass, ialah sebuah lembah yang diukir glasier di Pulau Ellesmere Kanada, adalah rumah bagi sebatang ais berwarna kuning yang menyerupai permukaan bulan Jupiter, Europa. Persekitaran glasier, yang menyerupai Europa, adalah karya daripada mata air masin yang memancarkan belerang ke kerak ais.

36. Atacama desert, Chile

Atacama desert, Chile

pinterest

Gurun Atacama di Chile sering digunakan sebagai simulator planet Marikh: Ini adalah salah satu tempat paling kering di Bumi, dengan curahan hujan tahunan rata-rata kurang dari satu inci, dan kawasan daratannya menawarkan banyak tempat ujian yang berbeza untuk penumpang yang menuju ke Marikh. Walaupun cuaca di sini melampau, kehidupan telah wujud di tanah Atacama - dan juga di puncak tasik di atas gunung berdekatan.

37. Gunung berapi Kilauea, Hawaii

Gunung berapi Kilauea, Hawaii

gettyimages

Tempat yang paling serupa di Bumi dengan persekitaran Venus, anehnya, adalah formasi basalt hitam yang licin di Pulau Besar Hawaii. Salah satu contoh terbaik gunung berapi seperti di planet Venus adalah Kilauea, iaitu gunung berapi termuda dan paling selatan di pulau ini, dan salah satu yang paling aktif di dunia. Sejak 1952, terdapat lebih dari 34 letusan di Kilauea, yang dalam tradisi Hawaii adalah rumah Pele, dewi gunung berapi.

38. The Pinnacles, Australia

The Pinnacles, Australia

@Bernard Richter

Hamparan padang pasir di Taman Nasional Nambung Australia ini mempunyai ribuan unjuran batu lapuk yang terbit dari bukit pasir kuning – dengan beberapa kubah yang berada di atasnya, sementara yang lain pula membentuk tiang bergerigi dan tajam. Menara, yang sebahagiannya dengan ketinggian mencapai 11 kaki (3,5 meter), adalah formasi batu kapur yang dipahat oleh angin, tumbuh-tumbuhan, hujan, matahari dan waktu selama berjuta-juta tahun.

39. Giant’s Causeway, Northern Ireland

Giant’s Causeway, Northern Ireland

PrismaOperadora

Dengan tiang heksagon basalt yang terkeluar dengan corak terhuyung-huyung di luar laut, ia kelihatan hampir mustahil untuk dicipta oleh alam semula jadi dengan reka bentuk yang pelik. Pembentukan batu ini juga merupakan satu-satunya senarai Tapak Warisan Dunia UNESCO di Ireland Utara, dan merupakan salah satu tapak yang paling dikenali dan terkenal di negara ini, menarik ribuan pengunjung dari dunia setiap tahun.

40. Darvaza Gas Crater, Turkmenistan

Darvaza Gas Crater, Turkmenistan

istockphoto

Seperti kisah seram, Darvaza Gas Crater adalah salah satu tarikan paling berbahaya di dunia. Walaupun ini mungkin tarikan termuda dan satu-satunya buatan manusia dalam senarai ini, ini masih menawarkan pemandangan yang cukup mengagumkan. Sebagai hasil usaha eksplorasi gas sewaktu era Soviet Turkmenistan, kawah itu terbakar dan masih terbakar dengan kuat.