Bagaimanakah perasaannya menghuni pokok berusia 1900 tahun

MAR 20, 2020 AT 01:54 PM

120969

 

ADVERTISEMENT
Rumah pokok

Beginilah keadaan rumah ini apabila dilihat dari luar

Batang pokok gergasi kebiasaannya mempunyai rongga besar yang mudah untuk diubah suai menjadi sebuah bilik. Di Afrika, terdapat sebuah bar di dalam pokok Baobab. Di Perancis, sebuah gereja dibina di dalam batang pokok Oak. Akan tetapi seorang lelaki Amerika, Lenom Moore, datang dengan idea untuk membina sebuah rumah di dalam batang pokok Sequoia gergasi. Bagaimanakah dia berjaya melakukannya? Mari kita lihat bagaimana dia mengubah suai ruang di dalam batang pokok itu sehingga menjadi sebuah kediaman yang unik.

Kisah Sebuah Rumah Yang Amat Menakjubkan

Bahagian dalam rumah pokok

Ini adalah reka bentuk dalaman rumah pokok

Ilham Lenom tercetus ketika beliau mengembara di hutan untuk berkelah serta memetik beri liar. Sewaktu ribut datang dengan tiba-tiba, dia terpaksa mencari tempat perlindungan dengan segera. Dia menjumpai sebuah pokok Sequoia yang besar dan telah lama terbiar dengan ruang besar di dalamnya. Selepas menghabiskan beberapa jam berlindung di ruang dalaman pokok, dia memutuskan untuk menggunakan batang pokok tersebut bagi membina sebuah kediaman.

Pokok Sequoia, adalah spesis pokok kayu merah dan merupakan pokok yang terbesar di dunia. Kebanyakan pokok itu tumbuh di bahagian Barat Laut Pasifik AS. Pokok yang digunakan untuk membina rumah itu adalah setinggi 75 meter, berdiameter 5 meter dan berusia hampir 1900 tahun. Lenom berjaya mendapatkan kayu yang panjangnya hampir 10 meter kerana bahagian-bahagian batangnya yang lain telah pun dikeluarkan dari hutan sebelum ini.

Bagaimana Dia Melakukannya?

Bilik di rumah kayu

Masih terdapat ruang yang agak gelap di bahagian dalamnya

Salah satu ciri utama rumah ini adalah batangnya yang diletakkan secara melintang di mana ia dapat menyediakan ruang dalaman yang lebih luas. Batang pokok itu ditempatkan di atas platform bergerak. Lenom mahu mengembara ke Amerika dengan rumah uniknya, tetapi saiznya yang terlalu besar membuatkan dia gagal membawa rumahnya keluar dari California.

Ia mengambil masa setahun untuk Lenom dan rakannya membina rumah tersebut. Mereka mengetam kayu itu bagi mendapatkan kepingan dinding yang nipis.

Bagaimanakah hasilnya?

Katil di rumah kayu

Sebuah bilik untuk dua orang

Rumah ini mempunyai sebuah ruang tamu, dapur, bilik tidur, ruang makan dan bilik mandi. Walaupun tiada tingkap, namun Lenom telah mendapat kelulusan bagi sambungan bekalan elektrik ke rumah. Keadaannya seperti berada di dalam gerabak kereta kereta api atau kabin kapal terbang di mana ruang dalamannya agak sempit dan panjang, perabot pula diatur di kedua-dua bahagian sisi. Kadangkala rumah pokok itu dibawanya ke seluruh California, serta boleh dikunjungi pelawat dengan sejumlah bayaran yang kecil. Malahan terdapat tanda amaran di dinding seperti "Jangan duduk di atas sofa!" atau "Tandas ditutup untuk pelawat!"

Adakah terdapat struktur lain seperti ini?

Perpustakaan di pokok

Perpustakaan cantik yang dibina di dalam tunggul kayu balak

Terdapat struktur lain yang serupa seperti rumah pokok. Sharalee Armitage Howard, seorang warga Amerika yang tinggal di Idaho telah membina sebuah perpustakaan yang kecil dan selesa di dalam tunggul yang berusia seratus tahun. Perpustakaan ini percuma untuk dikunjungi dan digunakan oleh sesiapa sahaja. Ia adalah sebuah struktur mudah yang terdiri daripada bumbung kecil, tangga berhampiran pintu masuk dan rak. Pintu kaca memberikan pengunjung pemandangan hiasan dalaman yang menarik. Pengunjung boleh meminjam atau meletakkan buku-buku untuk dikongsi bersama pengunjung lain. Howard telah bekerja di perpustakaan tempatan selama bertahun-tahun dan memutuskan untuk mencipta sesuatu yang berguna dan unik bagi penduduk setempat.