Tasik Michigan beku pecah berderai dan hasil imejnya menakjubkan
APR 18, 2020 AT 02:12 PM
by Mary Weber
Vortek Polar mengakibatkan Tasik Michigan beku pada kebanyakan masa sepanjang musim sejuk. Sebagai contoh, di Chicago, Illinois, suhu mencecah -30C (-23F) pada puncak musim dingin, mengakibatkan rak ais terbentuk di permukaan tasik – bukit dibentuk dari gelombang yang menghempas ke atas timbunan ais sedia ada. Tetapi semua ini tetap akan berakhir. Musim bunga akan membawa cuaca lebih hangat ke kawasan ini, mencairkan ais dan mengubah bahagian ini kepada tanah magik. Air yang bergerak di bahagian bawah menolak kepingan ais ke permukaan, memecahkannya ke bentuk yang menakjubkan, yang jelas kelihatan sepanjang dermaga South Haven.
Kadangkala mustahil untuk kita percaya kejadian yang boleh dicipta oleh alam. Tasik ini adalah tempat yang tenang semasa musim bunga dan musim panas tapi berubah sama sekali pada akhir musim sejuk apabila pancaran matahari panas yang pertama tiba. Marilah berharap, keindahan alam semula jadi yang hebat ini akan memberikan halaman kehidupan yang baru kepada setiap makhluk yang hidup di sekitarnya.
Walaupun orang ramai sangat teruja untuk merakamkan fenomena indah ini ke dalam gambar, Pengawal Pantai AS telah memberikan amaran bahawa ais hanya boleh dilihat dari jauh, kerana ianya adalah berbahaya untuk berdiri mahupun berjalan di atas permukaan yang tidak stabil. “Tiada ais yang selamat terutama pada musim ini,” Pengawal Pantai AS BMC Grant Heffner memberitahu MLive. “Ais sedang mencair dan akan pecah.”