Tempat popular sebelum dan semasa COVID-19: apabila semua orang duduk di rumah

APR 20, 2020 AT 08:01 AM

70986

Terdapat banyak kekecohan yang sedang berlaku di seluruh dunia akibat penyebaran pandemik COVID-19. Tapi kegilaan bukanlah satu-satunya yang ia bawa – pemandangan semula jadi dan mercu tanda bersejarah turut mengalami perubahan yang drastik.

Lihat gambar-gambar tempat yang kebiasaannya dipenuhi pelancong ini, kini kosong dan dalam kecantikan asli. Jika anda terfikir bagaimanakah rupa tempat-tempat bersejarah yang terkenal ini pada masa kini tanpa kunjungan orang ramai, teruskan membaca!

 

Anak Tangga Trinita' dei Monti di Rom, Itali

ADVERTISEMENT
Anak Tangga Trinita' dei Monti di Rom, Itali

Gambar oleh Dennis Jarvis/Flicker

Anak Tangga Trinita' dei Monti di Rom

Gambar oleh Maria Laura Antonelli/AGF/Shutterstock (10586919o)

Menurut TripAdvisor, daripada lebih 2,000 perkara yang boleh anda lakukan di Rom, melawat Trinita' dei Monti adalah dalam senarai 200 teratas – bermakna ia salah satu tempat paling terkenal untuk dilawati dan untuk mengambil swafoto di sepanjang 138 anak tangga!
Kita semua tahu bahawa virus Korona melanda Itali dengan paling teruk berbanding negara lain buat masa ini, dan sekatan kuarantin mereka telah menjadi semakin ketat disebabkan ini.

Ini memberikan jurugambar peluang keemasan sekali seumur hidup untuk mendokumenkan kawasan ini dalam kecantikan asalnya tanpa seorang pun manusia.

 

Air Pancut Trevi di Rom, Itali

Air Pancut Trevi di Rom, Itali

Gambar oleh Goodluz/Depositphotos (35300215)

Air Pancut Trevi di Rom

Gambar oleh Antonio Masiello/Getty Images(1207162453)

Membuat permintaan dan membaling duit syiling ke dalam air pancut adalah satu tradisi yang dilakukan oleh ramai orang di seluruh dunia. Dianggarkan seramai 1,200 orang melawat Air Pancut Trevi setiap jam! Gila, bukan?

Kini air pancut mistik ini kelihatan lebih cantik, dan boleh menikmati ketenangan, aliran bersih tanpa orang membaling syiling pada setiap saat.

 

Gran Via di Madrid, Sepanyol

Gran Via di Madrid, Sepanyol

Gambar oleh Nicolas Vigier/Flicker

Gran Via di Madrid

Gambar oleh Pablo Cuadra/Getty Images (1213049868)

Menurut TripAdvisor, daripada lebih 14,000 perkara yang boleh anda lakukan di Madrid seperti melawat Lorong Gran Via di Madrid, Sepanyol yang merupakan dalam senarai 10 teratas! 

Lorong yang sebelum ini penuh sesak dengan kehidupan urban tempatan dan pelancongan, kini berubah menjadi bandar sunyi yang indah.

 

Chinatown di London, England

Chinatown di London, England

Gambar oleh Kostas Fines/Flicker

Chinatown di London

Gambar oleh Beretta/Sims/Shutterstock (10588110b)

Semenjak tahun 50-an, kawasan ini terkenal sebagai pusat makanan terbaik di sekitar bandar raya, menjemput kedua-dua orang tempatan dan pelancong untuk berkumpul di kawasannya yang meriah. Dari makanan Kantonis kepada hidangan Malaysia dan lauk tradisional Asia, ribuan orang menyerbu restoran-restoran ini sebelum sekatan kuarantin berkuat kuasa.

Buat masa ini, penghuni di kawasan ini dapat menikmati ketenangan, suasana senyap dan keindahan Chinatown London.

 

Sarkas Piccadilly di London, England

Sarkas Piccadilly di London, England

Gambar oleh John K Thorne/Flicker

Sarkas Piccadilly di London

Gambar oleh Beretta/Sims/Shutterstock (10588110f)

Sarkas Piccadilly merupakan salah satu daripada plaza yang terkenal bagi mengatur perjumpaan dan berkumpul untuk bersuka ria pada waktu petang dan malam di bandar.

Biasanya ia sesak dengan ribuan manusia hingga lewat malam, Sarkas Piccadilly yang terkenal kini terbiar sepenuhnya. Dengan jumlah orang tempatan yang keluar sangat berkurangan, ini bermaksud kesibukan kereta, bas persiaran, dan pengangkutan awam juga turut berkurang.

 

Kereta Api Bawah Tanah London

Kereta Api Bawah Tanah London

Gambar oleh elminium/Flicker

Kereta Api Bawah Tanah

Gambar oleh RMV/Shutterstock (10587803y)

Memandangkan jumlah orang yang menggunakan dan menaiki tiub sudah diketatkan untuk mematuhi peraturan baharu dan sekatan akibat pandemik, jumlah penggunaan elektrik juga sudah berkurang. Untuk perspektif yang lebih baik, terdapat hampir 300 stesen kereta api, dan maklumat laman web rasmi Kerajaan London menyatakan bahawa biasanya seramai 2 juta orang menggunakan tiub dalam satu hari! Ini merupakan suatu kemenangan besar untuk bumi.

 

Plaza Rockefeller di New York

Plaza Rockefeller di New York

Gambar oleh David Jones/Flicker

Plaza Rockefeller

Gambar oleh Kristin Callahan/ACE Pictures/Shutterstock (10587774a)

Tidak dinafikan bahawa Big Apple berada di bawah peraturan yang sangat ketat pada masa kini, dan gambar selepas pandemik Plaza Rockefeller ini adalah buktinya. Terdapat berjuta-juta orang yang tinggal di Manhattan, tapi sekarang, lorong-lorongnya lebih lengang dari apa yang biasa kita lihat dalam TV dan filem.

Pusat Rockefeller terkenal kerana dibuka selama 24 jam sehari, tapi kini mereka telah mengarahkan penutupan penuh untuk memastikan rakyat selamat dan terlindung daripada sebaran virus.

Fifth Avenue di midtown Manhattan, New York

Fifth Avenue di midtown Manhattan, New York

Gambar oleh Maria Eklind/Fliker

Fifth Avenue di midtown Manhattan

Erik Pendzich/Shutterstock (10587724n)

Jadi, apakah rupa salah satu bandar paling urban pada glob apabila bertukar menjadi bandar terbiar yang cantik?

Dengan kesesakan bandar New York, kami pasti penduduknya gembira mendapat beberapa minggu yang tenang, keamanan untuk menyegarkan diri mereka pada masa yang menekan ini.

 

The Strip di Las Vegas, Nevada

The Strip di Las Vegas, Nevada

Gambar oleh Sean MacEntee/Flicker

The Strip di Las Vegas

Gambar oleh Ethan Miller/Getty Images (1213620849)

Universiti Las Vegas melaporkan terdapat lebih dari 47 juta pengunjung yang merentasi lapangan terbang itu pada tahun 2016 sahaja – sangat hiruk-pikuk!

Bagaimana pula sekarang? Anda boleh melihatnya pada gambar selepas di mana tiada seorang pun yang sedang menikmati kota dosa ini. Gambar seperti ini takkan dapat lagi dirakam pada dekad seterusnya, kami berharap.

 

Menara Eiffel di Paris, Perancis

Menara Eiffel di Paris, Perancis

Gambar oleh Alessandro Traini/Flicker

Menara Eiffel di Paris

Gambar oleh Aurelien Meunier/Getty Images (1212995160)

Dengan jutaan orang yang melawat legenda Menara Eiffel di Paris dalam setahun, dalam beberapa minggu kebelakangan ini, ia selamat untuk mengatakan bahawa keadaan lebih intim di mercu tanda romantik – hingga notis selanjutnya.

Ia telah berubah dengan keadaan lalulintas di jalan raya yang lengang dan menjadikan plaza ini lebih peribadi.

 

Grand Place di Belgium, Brussels

Grand Place di Belgium, Brussels

Gambar oleh Roman Boed/Flicker

Grand Place di Belgium

Gambar oleh Isopix/Shutterstock (10587565t)

“Grote Markt” yang juga dikenali sebagai “Grand Place” or “Grand Square” merupakan mercu tanda penting di Brussels selama berdekad lamanya.

Tapi dataran ini yang suatu masa pernah sesak dengan pelancong yang melawat tanaman bunga-bungaan indah, binaan arkitek yang menakjubkan, dan hampir 100 muzium berbeza sedang berehat buat masa ini.

Dan secara keseluruhan, tanpa semua susunan tambahan di luar bangunan, ia menjadikan pemandangannya serupa dengan keadaannya yang asal, berzaman dulu. Sungguh bersejarah!

 

The Colosseum di Rom, Itali

The Colosseum di Rom, Itali

Gambar oleh Chris Wee/Flicker

The Colosseum di Rom

Gambar oleh Maria Laura Antonelli/AGF/Shutterstock (10586919a)

Diketahui terdapat sesetengah orang yang memecahkan kepingan Colosseum dan membawanya pulang ke rumah sebagai cenderahati. Tapi kini setelah ia ditutup sehingga notis selanjutnya, arena arkitek megah ini boleh berehat dari kerosakan yang diakibatkan oleh ribuan pelancong yang datang melawat dan dari mereka yang mencuri kepingan-kepingannya. 

 

Pasaraya di U.S.

Pasaraya di U.S.

Gambar melalui Depositphotos (4757732)

Pasaraya

Gambar oleh Geert van Erven/Pix4Profs/Getty Images(1207535163)

Agak mengejutkan yang pasar raya boleh berada dalam senarai ini, tetapi apa yang cukup menarik, ia adalah salah satu daripada tempat paling penting dan kerap dilawati secara umum.

Melalui peralihan dari pengasingan pesakit yang didiagnosis dengan virus Korona, kepada pengkuarantinan pelancong penerbangan, kepada penutupan dan penyekatan serta kuarantin diri di bandar dan negara tertentu di seluruh dunia, kita semua telah merasa tekanan untuk ke pasar raya. Akibat dari suasana panik ini anda boleh lihat pada gambar selepas.

 

Dataran Tiananmen di Beijing, China

Dataran Tiananmen di Beijing, China

Gambar oleh Shutterstock (10433686r)

Dataran Tiananmen di Beijing

Gambar oleh Lintao Zhang/Getty Images (1207338600)

Pada Januari 2020, “Kota Terlarang” di Beijing, China menutup pintu pagarnya kepada jutaan manusia sehingga notis selanjutnya untuk memastikan keselamatan dan perlindungan mereka sendiri seawal pandemik ini bermula. Ya benar, menurut Wallstreet Journal, kira-kira 19 juta orang melawat mercu tanda megah ini pada tahun 2019, itu kira-kira hampir lebih sejuta orang yang melawat dalam sebulan.