Memiliki seekor anjing boleh menjadikan jantung pemiliknya lebih sihat, dan sains dapat menjelaskan mengapa

APR 18, 2020 AT 01:44 PM

20711

Segelintir daripada kita yang memiliki anjing tentu mengetahui bahawa haiwan ini menjadikan kehidupan kita lebih baik, walaupun tanpa melihat bukti saintifiknya. Kajian terbaru menunjukkan selain daripada menjadi teman hidup yang setia, pemilik anjing cenderung mempunyai kesihatan jantung dan stamina fizikal yang lebih baik. Jika anda masih ragu-ragu samada anda patut memelihara anjing ataupun tidak, pertimbangkanlah mungkin ia berfaedah terhadap kesihatan anda dan ahli keluarga anda.

Kami juga sukakan anjing, dan kami gembira apabila mendapati haiwan ini boleh menjadikan jantung kita lebih sihat. Kami tahu anjing merupakan pembantu yang sangat bagus untuk mereka yang mengalami kemurungan atau kesunyian. Tetapi kajian hari ini turut menunjukkan yang haiwan gebu dan mesra ini turut memberikan impak kepada kesihatan jantung pemiliknya! Jadi, beginilah bagaimana ia berlaku. 

 

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

devincustalow / instagram  

Dalam satu kajian yang dipanggil The Kardiovize Brno 2030, penyelidik mengkaji suatu populasi dari Eropah Tengah yang terdiri daripada 1769 orang, berumur dari 25 ke 64 tahun, 44.3% daripada mereka adalah lelaki, dan tanpa sebarang sejarah penyakit jantung. Selepas beberapa tahun penyelidik melakukan perbandingan di antara pemilik anjing dengan orang yang memelihara haiwan lain atau yang tidak memelihara haiwan peliharaan langsung, merentasi parameter seperti kesihatan jantung, indeks jisim badan, diet, tahap aktiviti fizikal, tekanan darah, merokok, dan tahap kolestrol.

ADVERTISEMENT