Alam Semula jadi Seronok Mencipta 30 Haiwan Luar biasa Ini
MAY 16, 2020 AT 03:06 PM
Alam semula jadi telah mencipta haiwan paling hebat dan luar biasa. Sebahagiannya adalah megah, yang lain adalah comel, sementara selebihnya adalah menakutkan. Tapi alam semula jadi juga ada unsur jenaka yang kami akan tunjukkan di sini.
Burung Takahē
Burung berwarna-warni ini pernah dianggap sudah pupus, tapi para saintis menjumpainya semula di New Zealand pada tahun 1948. Tanpa sayap, burung darat ini menyerupai hiasan krismas berbulu dengan paruh.
Katak Afrika
Katak Afrika bermulut-pendek ini terkenal dengan wajah pemarah, patutlah, kerana ia ada mulut yang kecil yang menjadikan ia susah untuk makan.
Gaya rambut lucu
Rambut tercacak yang lebat pada serangga ini nampak seperti troll miniatur. Walaupun spesies ini hanya mula ditemui pada tahun 2012, mereka sudah pun menjadi kegemaran ahli biologi.
Burung Raja Udang yang pelik
Spesies Burung Raja Udang berwarna-warni ini agak jarang dijumpai kerana ia adalah pemangsa yang akan menunggu sehingga mangsa sudah dekat sebelum menyerang.
Pepijat penyu emas
Pepijat penyu emas seumpama permata ini hampir serupa dengan penyu. Pepijat ini bertukar warna apabila diancam, semasa mengawan, dan apabila menjadi tua.
Burung Merak Kelabu
Burung merak kelabu mempamerkan bulunya dengan gaya paling megah. Menariknya, ia turut dikenali sebagai burung paling senyap di dunia.
Satyr tragopan
Burung memukau ini dipanggil dengan nama spesiesnya dan bukan nama biasa. Leher biru pada satyr tragopan ini menunjukkan ia adalah burung jantan.
Ulat bulu lutsinar
Ulat bulu lutsinar ini kadangkala dikenali sebagai ulat bulu marmalade atau ulat bulu kristal. Apapun nama yang anda pilih, ia memang sangat cantik.
Nampak macam presiden
Burung ini mempunyai ekspresi yang hampir sama seperti manusia. Mungkin kerana pembiakan adalah cabaran untuk spesies ini. Mereka hanya boleh bertelur sebiji telur pada satu-satu masa dan anak itu biasanya tidak dapat bertahan.
Monyet unik
Monyet ekor kuning ini hanya ditemui di Peru. Selain menyerupai anak patung, ia juga sangat cerdik dan cepat menyesuaikan diri dengan keadaan yang baharu.
Labah-labah india
Labah-labah ini lebih menyerupai kapal angkasa makhluk asing daripada seekor serangga. Dijumpai di India dan Bangladesh, ia beracun kepada manusia dan bersembunyi dengan baik di dalam hutan.
Memerang sungai Amerika Utara
Memerang aneh ini tidak ada kena-mengena langsung dengan gajah, tetapi taringnya menyerupai gading. Dianggap ganas, ia kini diambang kepupusan.
Balaeniceps rex
kt0me / Reddit, Olaf Oliviero Riemer / Wikimedia Commons
Burung aneh ini ada banyak nama, tapi dalam sesetengah bahasa namanya bermaksud “burung berkepala kasut”. Dalam bahasa lain ia dipanggil “burung berkepala paus”. Alam semulajadi pastinya sedang berehat semasa mencipta burung ini..
Eider Berkacamata
Olaf Oliviero Riemer / Wikimedia Commons
Sejenis itik yang tinggal di Alaka dan Siberia. Rupanya yang cerah adalah ciri yang tidak bagus pada itik ini kerana sang pemangsa boleh nampak mereka dari jauh i. Walaupun begitu, mereka berasa selesa dan meningkatkan populasi mereka.
Saguinus Oedipus
Tiada nama yang biasa bagi haiwan yang jarang ditemui ini. Satu ciri menarik mereka adalah cara mereka menakutkan musuh. Bila mereka merasakan bahaya, mereka akan menaikkan ekor dan tunjukkan segala yang ada dibawahnya.
Indri
Pierre-Yves Babelon / Getty Images
Indri indri, juga dipanggil babakoto, adalah lemur yang paling besar di Madagascar. Adalah sangat pelik kerana hampir separuh daripada populasi dewasanya mati akibat jatuh daripada pokok.
Red ruffed lemur
Charles J Sharp / Wikimedia Commons
Lemur merah gebu, juga dipanggil Varecia rubra, hanya mempunyai satu habitat, iaitu Madagascar. Ia spesies yang sangat jarang ditemui malah akan pupus. Namun begitu, haiwan ini sangat mesra, jadi pengunjung pulau masih boleh nampak mereka.
Katak Tomato Merah
Katak tomato merah gergasi adalah sangat bahaya bagi sesiapa yang berdekatan. Katak ini mudah ditemui di Madagascar. Ciri menariknya adalah ia boleh hasilkan racun istimewa pada kulit – racun itu seakan gam dan ia boleh melekatkan bibir si pemangsa ataupun mangsa.
Andean cock of the rock
Andean cock of the rock lebih dikenali sebagai burung kebangsaan Peru, dan satu-satunya negara yang anda boleh nampak haiwan ini. Ia sangat cerah tetapi tak banyak pemangsa yang boleh memburunya.
Gharial
Gharial atau rasminya Gavialis gangeticus adalah sejenis buaya yang unik dengan ciri penampilan yang luar biasa. Ia mempunyai rahang yang agak panjang dengan jumlah gigi yang banyak. Namun begitu, rahangnya tidaklah begitu kuat, jadi ia tak begitu berbahaya kepada manusia.
Tokek ekor daun setan
Tokek ini tinggal di Madagascar dan sangat jarang ditemui di tempat lain. Selalunya ia makan serangga, tapi kadang-kadang haiwan ini boleh makan cicak yang sama saiz dengannya. Kerana rupanya yang menakutkan, cicak ini dinamakan “iblis”
Ectophylla alba
Geoff Gallice / Wikimedia Commons
Ectophylla alba tiada ekor. Ia membuatkan mereka susah untuk terbang, berjalan mahupun duduk. Kelawar putih ini juga ada ciri-ciri di mana ahli zoologi masih belum mengetahui fungsinya.
Tridacna
Ewa Barska / Wikimedia Commons
Tridacna boleh hidup sehingga 200 tahun. Ia tinggal di kawasan tropika Pasifik dan lautan Hindi. Bagi manusia ia boleh jadi berbahaya sebab ia boleh menghasilkan sejenis racun istimewa yang melumpuhkan. Tapi ia juga adalah sangat cantik.
Burung Payung Paruh-Panjang
Burung payung paruh-panjang (Cephalopterus penduliger) tinggal di kawasan hutan lembap tropika di Selatan Amerika. Ianya sangat susah untuk dilihat, sebab ia terlalu berhati-hati. Bila ia terdengar atau ternampak orang asing, ia akan senyap-senyap terbang.
Monyet De Brazza’s
Steve Wilson / Wikimedia Commons
Monyet De Brazza’s berada di paya, buluh dan hutan gunung kering di Angola, Cameroon, Republik Afrika Tengah. Monyet-monyet ini lebih menyukai hutan yang tebal dan banyak tumbuh-tumbuhan, hanya meneroka hutan yang lebih terbuka untuk makan.
Achrioptera fallax
Achrioptera fallax adalah seekor haiwan yang boleh jadi sangat bahaya untuk seorang manusia sebab anda tak akan nampak mereka. Ia nampak seperti lidi dan ia boleh berpura-pura mati untuk menyerang. Lebih-lebih lagi sang jantan yang cantik dengan pelbagai warna.
Von der Deckens sifaka
Heinonlein / Wikimedia Commons
Von der Deckens mempunyai panjang badan dan ekor yang sepadan. Ia bukanlah haiwan yang biasa tetapi nampak seperti ia dilukis oleh seorang bayi dan ditukar menjadi realiti oleh alam semula jadi. Tempat tinggal semulajadinya adalah di barat Madagascar.
Ular Kapak Bertanduk Arab
Sari Barazi / Wikimedia Commons
Ular kapak bertanduk Arab juga dinamakan Ular kapak bertanduk Padang Pasir adalah haiwan bersejarah yang masih bertahan hidup di padang pasir Iran, Iraq dan Israel. Ia sangat berbahaya dan mempunyai reputasi sebagai pembunuh senyap. Racunnya sangat cepat merebak dan membunuh.
Unicorn katydid
Serangga hijau bersinar ini ialah unicorn katydid di Institusi Audubon. Museum serangga ini telah berjaya membesarkan unicorn katydids di dalam kurungan semenjak ia ditubuhkan lebih 10 tahun yang lalu.
Monyet Hitam Berhidung-Terjungkit
Richard McManus / Getty Images
Monyet hitam berhidung-terjungkit (Rhinopithecus bieti), juga dikenali sebagai monyet berhidung-terjungkit Yunnan, adalah spesies terancam. Hanya terdapat lebih kurang 1700 haiwan dari jenis spesies ini yang masih wujud di Barat Laut Yunnan dan Tibet.